Assalamualaikum, ahlan wasahlan wa marhaban bikum.
Baiklah pada pembelajaran kali ini ustazah ingin mengajak anda semua untuk mempelajari dan mengenali jenis-jenis air mutlak. Pembelajaran ini merupakan pembelajaran pelajar Tahun 1 dalam matapelajaran Feqah. Jadi, mari kita mempelajarinya dan mengenalinya bersama-sama. Sebelum pergi lebih jauh mari kita lihat cerita di bawah ini.
Apa itu air Mutlak ??
* Air Mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan yang kekal dengan sifat asal kejadiannya
yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T.
* Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ianya sudah berubah disebabkan
lama terbiar, disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya
mengandungi belerang. Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara
tersebut.
* Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlak, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud :
" Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya, seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya. Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air. Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan."
* Perintah Rasulullah S.A.W. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat yang menyucikan.
Terdapat 7 jenis Air Mutlak iaitu :

(2) AIR LAUT
(3) AIR SUNGAI
(4) AIR TELAGA
(5) AIR EMBUN
(6) AIR MATA AIR
(7) AIR SALJI
(3) AIR SUNGAI
(4) AIR TELAGA
(5) AIR EMBUN
(6) AIR MATA AIR
(7) AIR SALJI
Oleh itu, kegunaan air-air ini bertujuan untuk melakukan tuntutan fardhu yang wajib dilaksanakan bagi umat Islam. Untuk penjelasan yang lebih jelas, ustazah menyediakan sebuah video yang dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih faham konsep kegunaan air mutlak. Semoga dengan perkongsian ini, pelajar-pelajar dapat manfaatkan ilmu tersebut dengan betul dan mempraktikkan di dalam kehidupan seharian pelajar. Semoga juga dengan tunjuk ajar yang di beri ini, pelajar-pelajar tidak keliru berkaitan dengan jenis-jenis air yang boleh di gunakan untuk bersuci dan dapat juga membezakan di antara jenis-jenis air yang lain. Selamat Belajar =).
No comments:
Post a Comment